Sorting by

×

Restoran, kedai makan perlu lantik kontraktor urus sampah – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 1 Jun – Restoran dan kedai makan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) perlu melantik kontraktor konsesi untuk mengaurus sampah di premis masing-masing sebelum memperbaharui lesen perniagaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata pihaknya telah menguatkuasakan satu dasar baharu bagi mengatasi isu sampah di negeri ini.

“Isu sampah ini bukan isu baharu, dan MBMB telah membuat satu dasar baharu untuk semua premis atau kedai-kedai makan termasuk kedai tom yam, kedai ikan bakar dan sebagainya jika mahu ‘renew’ lesen perniagaan perlu melantik kontraktor sampah.

“Dan dasar ini telah diimplimen, dan kita mahu mereka pengusaha kedai makan atau restoran ini turut bertanggungjawab terhadap sampah (sisa kedai) mereka dan bukan buang di tong sampah awam (merujuk kepada tong sampah kecil),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata dasar baharu tersebut membolehkan pihaknya mengeluarkan kompaun kepada mana-mana premis yang ingkar dan dapati tidak mengikut arahan.

“Sebelum ini banyak berlaku, kedai makan membuang sampah sisa mereka yang banyak dilonggokkan pada tong sampah awam dan bukan di tong roro, jadi pekerja kebersihan terpaksa mengangkut semua sampah sisa kedai mereka.

“kita melihat mereka ini ramai yang mengambil kesempatan dan lokasi premis atau kedai makan mereka kebanyakan di lokasi tumpuan pelancongan, sekali gus mencacatkan pemandangan,” katanya.

Jelas Shadan, pihaknya mengharapkan dengan tindakan tegas dan dasar baharu yang dilaksana itu dapat memacu perubahan menuju Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2205
Kongsi :
Previous post Jaga kebersihan, elak dikompaun – MBMB
Next post Pantai Kundor bakal ada medan ikan bakar
Ubah saiz-+=