
Respons pengundi sangat baik – Dira
MERLIMAU 20 Nov – “Alhamdulillah reaksi daripada pengundi sangat baik, mereka yang keluar mengundi juga sangat memberansangkan”.
Itu luahan Calon Barisan Nasional (BN) DUN Rim Datuk Khaidirah Abu Zahar yang menerima respon positif daripada pengundi di DUN tersebut, hari ini.
“Saya rasa lega dah mengundi di DUN Merlimau…saya lambat sebab pergi ronda di kawasan saya dan alhamdulilah semua berjalan lancar.
“Dan paling lega juga masa sama ‘turn out voters’ yang cukup memberangsangkan mungkin lebih baik sikit, saya terima reaksi baik dari pengundi dan paling penting adalah prosedur operasi standard (SOP).
“Kita risau ramai datang jadi sesak, tapi pengundi rata-rata tempat nampaknya ikut SOP…. insyaAllah semua berjalan dengan bagus dan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuang undi di saluran lima di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1, sebentar tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...
MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN
PENGKALAN BATU 5 Mac - Kesemua pasar Ramadan yang beroperasi di negeri ini akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan...
MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA
AYER KEROH 5 Mac - Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan. Ketua Polis...