Sorting by

×

Rentas negeri: 12,000 pengunjung bakal banjiri Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 57 Saat

AYER KEROH 11 Okt – Lebih 12,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri bakal membanjiri Zoo Melaka pada hujung minggu ini selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding hujung minggu lalu iaitu seramai 6,000 pengunjung ke taman haiwan itu.

“Hari Jumaat hingga Ahad lalu kita rekod seramai 6,000 pengunjung dan jumlah ini dijangka berganda iaitu 12,000 pengunjung pada hujung minggu ini.

“Saya yakin, sebab Selasa minggu depan cuti umum jadi orang akan ambil cuti yang panjang untuk datang ke Melaka,” katanya kepada MHI.

ANTARA sebahagian pengunjung yang mengambil peluang berkunjung ke Zoo Melaka sejak awal pagi tadi.

Ujarnya pada masa sama pihak Zoo Melaka hanya membenarkan seramai 800 pengunjung memasuki taman haiwan itu pada satu-satu masa.

“Kami memang dah bersedia, cuma mereka kena faham prosedur operasi standard (SOP) yang kita sediakan, kita benarkan hanya 800 pengunjung pada satu-satu masa.

“Bila kita dapati ada pengunjung yang datang tapi tak lengkap vaksin, kita tak benarkan masuk. SOP yang kita kenakan agak ketat demi kesejahteraan pengunjung,” katanya.

ROHAYU

Sementara itu tinjauan MHI ke Zoo Melaka mendapati rata-rata pengunjung sudah mula mengambil peluang membawa keluarga masing-masing ke taman haiwan itu.

Pengunjung Rohayu Shaharudin,39, dari Seremban berkata anak-anaknya begitu teruja apabila mendengar berita gembira itu.

“Rasa gembira sebab anak-anak dah lama duduk dekat rumah, jadi ini masa untuk kita bawak mereka jalan-jalan.

“Kami bertolak jam 9.15 pagi dan sampai sini kira-kira jam 11 pagi, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar anak-anak pun semua seronok,” katanya.

SITI Sapura (dua kiri) membawa cucunya Nurin Khadeejah Saffiya Ghafor,6, (kiri) bercuti ke Zoo Melaka, pagi tadi.

Manakala Siti Sapura Yusof, 60, berkata dia sudah lama menantikan peluang itu untuk membuat kejutan membawa cucunya ke Zoo Melaka.

“Memang dah lama kita tunggu, rasa teruja terutama sekali cucu saya, kita memang tak beritahu sebab nak buat surprise.

“Dia suka sangat boleh katakan tiap-tiap tahun datang sini. Terkejut juga nampak perubahan Zoo Melaka yang semakin cantik,” katanya yang berasal dari Muar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

818
Kongsi :
Previous post PH failkan kes di Mahkamah Tinggi minggu depan
Next post Anti-vaksin jangan ‘cuba nasib’ masuk Melaka
Ubah saiz-+=