
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April – Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada penghujung Julai ini.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Nasrul Ahmad berkata, acara pelancongan itu akan melibatkan penyertaan daripada peserta antarabangsa.
Katanya, antara negara yang akan terlibat adalah seperti negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapuran, Brunei serta beberapa negara serumpun lain.
“Acara ini merupakan program yang diberi nafas baharu yang mana sebelum ini ia dilaksanakan sebagai acara poket namun pada tahun ini kita khaskan acara ini dan buat secara besar-besaran.
“Kita akan melibatkan negara jiran dan nusantara, di mana antara pengisian program seperti seminar, pertunjukan pentas serta pelbagai lagi acara yang disusun atur,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Nasrul berkata lokasi penganjuran program Rentak Bertandak itu akan diadakan di kawasan kota warisan UNESCO di Banda Hilir.
“Sudah pasti lokasi yang dipilih adalah di sekitar Banda Hilir di mana lokasi tersebut bertujuan untuk kita mengangkat sejarah yang ada di negeri ini untuk diketengahkan.
“Selain itu, kita mahu memberi pendedahan kepada peserta dari luar ini mengenai Melaka bakal menjadi hos Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) pada bulan September nanti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.