Sorting by

×

RENTAK BERTANDAK ‘HIDUPKAN’ MALAM MINGGU DI BANDA HILIR

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BANDA HILIR 29 Disember – Perkarangan Bangunan Stadhuys, di sini, dibanjiri ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara bersempena Program Rentak Bertandak, malam tadi.

Acara yang menonjolkan elemen seni, budaya dan warisan itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kira-kira jam 11 malam.

Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai persembahan, antaranya nyanyian oleh artis jemputan seperti Aisha Retno, Haziq Rosebi, Rojer Kajol, Yasser Fikri, Kucaimars, Bob Yunus dan 53Universe.

Acara itu turut menampilkan paluan gendang tradisi dan moden serta Fusion, Stomp Drums, Drumline, Jockey DJ, dikir barat, tarian singa, tarian Bhangra dan Ronggeng@Melaka 2024 serta Rhythm Of Music.

Hadir sama memeriahkan program tersebut, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya; Datuk Zaidi Attan; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman; Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka Melaka, Ezlina Elias dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah.

Img 20241229 Wa0000
KEMERIAHAN suasana di perkarangan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir bersempena Program Rentak Bertandak.

Rentak Bertandang merupakan sebahagian acara yang diadakan bersempena Festival Masakan Melaka 2024.

Festival anjuran PERZIM itu merupakan sebahagian acara yang dirangka bagi merancakkan sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), selain bertujuan mengangkat masakan dan makanan warisan negeri ini agar tidak luput ditelan zaman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

271
Kongsi :
Previous post PENJAWAT AWAM MELAKA BERSYUKUR TERIMA ‘DURIAN RUNTUH’
Next post ‘RONGGENG’ TARIAN SOSIAL NUSANTARA