Sorting by

×

‘REMY ISHAK’ DARI TERENGGANU

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BANDA HILIR 8 Disember – Wajahnya yang hampir seiras pelakon popularĀ  kelahiran Melaka Datuk Remy Ishak menyebabkan Syed Muhammad Aminur Rasyid Tengku Hassan, 29, menjadi tumpuan ramai.

Namun pemuda berasal dari Terengganu ini sebenarnya adalah antara puluhan ribu peserta himpunan RXZ Members Ride Edition 2.0 Melaka Melaka Attack 2024 di Dataran MITC yang berakhir semalam.

Img 20241208 012449 709
SYED Muhammad Aminur Rasyidin yang seiras Datuk Remy Ishak

Sebelum berkonvoi untuk pulang ke Terengganu dia bersama rakan RXZ Members meluangkan masa menikmati suasana malam sekitar Banda HilirĀ  dan Menara Taming Sari bersempena program Melaka Bila Larut Malam Edisi Disember 2024.

Katanya, kunjungan ke Melaka dianggap amat berbaloi kerana negeri ini menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik khususnya lokasi untuk menjamu selera.

“Dari Terengganu untuk ke Melaka jaraknya jauh, jadi kami gunakan kesempatan yang ada untuk bersantai di lokasi tumpuan pelancong sebelum pulang. Gembira dan seronok lihat kawasan pelancongan di Melaka, boleh rasai kelainan di negeri orang.

“Ditambah pula ada Melaka Bila Larut Malam, kami dapat mencuba produk pelancongan pada tawaran harga lebih murah berbanding hari biasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu rakannya, Mohd Nazdan Yahya, 42, meskipun sudah dua kali ke Melaka, namun buat pertama kalinya dia menjejakkan kaki me Menara Taming Sari.

“Kami juga ronda-ronda sekitar Banda Hilir, bagus juga harga tiket ditawarkan sempena program ini hanya RM10, jadi dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Saya lihat suasana Melaka pada waktu malam sangat meriah tidak sama seperti negeri-negeri lain,” katanya.

Manakala Mohamad Amirul Roslan, 29, kagum dengan pelbagai perubahan yang berlaku di Melaka khususnya bagi sektor pelancongan.

“Sudah lama tidak berkunjung ke Melaka, kali terakhir adalah pada 2016 ketika bekerja di sini, memang banyak perubahan terutama produk pelancongan ditawarkan.

“Bila datang Banda Hilir kita tidak perlu risau untuk ambil gambar di kawasan pelancongan kerana lebih selamat apabila dilaksanakan Zon Bebas Kenderaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5251
Kongsi :
Previous post POPULARKAN MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN PERMOTORAN
Next post BILA LARUT MALAM NIGHT SAFARI TERUS DAPAT SAMBUTAN
Ubah saiz-+=