Rembia: Elemen perumahan dan ekonomi antara teras untuk rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

REMBIA 15 Nov- Bertanding semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menawarkan enam manifesto pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, elemen perumahan dan ekonomi menjadi antara teras yang akan diangkat mengambil kira pelbagai penambahbaikan yang telah dilakukan ketika beliau menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit.

Katanya, antara lain, isu sepenggal beliau menjadi wakil rakyat di N06 itu, adalah masalah kemiskinan penduduk luar bandar terdiri dari pelbagai kaum di situ.

“Masalah utama sepenggal lalu adalah masalah kemiskinan luar bandar bagi ketiga-tiga kaum (Melayu, India dan Cina) yang mana jika diberi mandat, saya akan bangunkan ekonomi di sini (Rembia) pelbagai perancangan bagi membasmi kemiskinan yang berlaku di DUN tersebut.

“Selain itu, saya akan memastikan lebih banyak projek perumahan rakyat bagi golongan B40 dibina di Rembia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Rembia, hari ini.

Mengulas lanjut, mengenai gerak kerja sepanjang berkempen dalam PRN kali ini, beliau hanya mampu bertemu 20 peratus sahaja  penduduk Rembia, ekoran kekangan prosedur operasi standard (SOP).

“Setakat ni hanya 20 peratus tapi dalam minggu ini, kami akan gunakan pelbagai kaedah yang boleh digunakan tetapi patuh pada SOP untuk pecutan terakhir sebelum PRN ini, ” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

685
Kongsi :
Previous post Kota Laksamana: Calon BN tidak mudah mengalah
Next post Pekebun dituduh bunuh rakan guna pisau
Ubah saiz-+=