
Reman suspek bunuh ipar disambung seminggu
MELAKA 21 Mei. – Reman ke atas lelaki yang disyaki membunuh bekas abang iparnya di Kampung Berangan Enam, Jasin pada pagi Aidilfitri lalu disambung sehingga 27 Mei ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi Bernama berkata, kebenaran sambung reman selama seminggu itu membolehkan pihaknya melengkapkan siasatan terhadap lelaki berumur 32 tahun itu.
Dalam kejadian 13 Mei lalu, seorang lelaki berusia 36 dilaporkan maut dipercayai akibat ditikam bekas adik iparnya.
Kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi apabila suspek, seorang penganggur datang ke rumah mangsa untuk mengambil dua orang anak perempuannya yang berusia lapan dan 10 tahun daripada bekas isterinya yang turut tinggal di rumah itu sebelum berlaku pergaduhan.
Suspek berjaya ditahan polis pada jam 6.30 petang hari yang sama di sebuah masjid berhampiran lokasi kejadian ketika cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...