
Reman penganggur penggal kepala ibu dilanjutkan empat hari
SHAH ALAM, 22 Jan – Tempoh tahanan reman seorang penganggur yang disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dekat sini dilanjutkan empat hari lagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintenden Ramli Kasa berkata reman suspek berusia 28 tahun itu dilanjutkan hingga Selasa depan selepas perintah yang dikeluarkan pada 16 Jan tamat hari ini.
“Jika tiada halangan, suspek itu berkemungkinan didakwa Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan suspek setelah menerima maklumat mengenai seorang wanita berusia 56 tahun dicederakan anak lelakinya pada 5.45 petang 15 Jan lepas.
Polis turut merampas sebilah parang yang disyaki digunakan dalam insiden itu dan laporan awal ujian air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis metamfetamina serta amfetamina.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...