
Remaja perempuan ‘keluar tenang diri’ dijumpai selamat
JASIN 7 September – Remaja perempuan dilaporkan menghilangkan diri atas alasan mahu mencari ketenangan dijumpai dalam keadaan selamat di rumah ibu saudara teman lelakinya di Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai udang, Melaka Tengah, semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, remaja berkenaan ditemui oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di kediaman berkenaan pada jam 1.30 tengah hari.
“Kami ke kediaman berkenaan berdasarkan kepada maklumat yang diterima. Remaja berkenaan kemudian dibawa ke IPD Jain untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga.
“Hasil siasatan mendapati ini adalah kali pertama remaja berkenaan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada pagi Ahad lalu,” katanya.
Melaka Hari Ini, sebelum ini melaporkan polis mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya pada pagi Ahad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...