Remaja melecur di kepala kebakaran rumah, tadika di Taman Johor
JOHOR BAHRU, 13 Feb – Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.25 malam sebelum 28 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun sedang tidur, namun telah diselamatkan oleh orang awam.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kebakaran melibatkan dua rumah teres satu tingkat yang masing-masing hampir musnah dan terbakar sedikit manakala tadika (musnah 30 peratus) selain empat motosikal turut terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Operas ditamatkan sepenuhnya pada 10.46 malam tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...
INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
DURIAN TUNGGAL 21 Disember - Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan penuh terhadap inisiatif menambah baik pemulihan intervensi awal kebajikan, keselamatan...