
Remaja maut dalam perjalanan ke rumah nenek
BANDA HILIR 8 Mac – Pembonceng maut akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas motosikal Yamaha 135LC ditunggang rakannya terbabas dalam kejadian di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, mangsa Nur Aqmal Danish Syamshur, 18, yang juga pembantu kedai disahkan maut di lokasi kemalangan oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menuju ke rumah neneknya di Merlimau.
“Kemalangan berlaku ketika hujan, terdahulu mangsa bersama rakannya dikatakan dalam perjalanan dari Kota Laksamana menghala ke Melaka Raya.
“Namun ketika sampai di lokasi kejadian motosikal berkenaan hilang kawalan sebelum terbalik menyebabkan mangsa tercampak ke pembahagi jalan, dia disahkan meninggal dunia manakala rakannya hanya cedera,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...