
Remaja lelaki jatuh bot di Pekan ditemukan lemas
KUANTAN 15 Julai – Remaja lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh bot di Sungai Pahang berhampiran Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan pada Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan mayat Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada 11.44 pagi tadi.
“Mayat mangsa ditemukan berhampiran Kampung Tanjung, Pekan kira-kira 25 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,â katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Media sebelum ini melaporkan pelajar tingkatan lima itu dikatakan hilang ketika menaiki bot untuk menangkap ikan di sungai berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.