
REMAJA LELAKI HILANG KETIKA PASANG PUKAT DITEMUKAN LEMAS
LIMBANG 17 Februari – Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika memasang pukat ikan bersama bapa saudaranya di sungai berdekatan Rumah Thaddeus, Kampung Pulau Brunei pada petang Sabtu, ditemukan lemas pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat Joence Jordisone Jamit, 16, ditemukan oleh orang awam yang melakukan pencarian di Sungai Medamit pada 9.20 pagi.
“Pasukan pencari kemudian membawa mayat itu ke Rumah Thaddeus sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.
Semalam mayat bapa saudara Joence, Atin Isik, 62, ditemukan di tebing sungai berhampiran.
Dalam kejadian dua hari lepas sekitar 1 tengah hari, Atin dan Joence yang dikatakan pergi ke sungai untuk memasang pukat ikan berdekatan Rumah Thaddeus dilaporkan tidak pulang, dan mayat Atin kemudiannya ditemukan pada keesokan harinya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...