Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Puteri
PANTAI KUNDOR 6 Nov – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam air ketika berjalan di atas batu pemecah ombak di Pantai Puteri berhampiran sebuah hotel di sini, hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairul Nizam Mohd Anwar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.40 pagi tadi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya dimaklumkan remaja lelaki berkenaan hilang selepas dipercayai mandi di kawasan pantai terbabit.
“Anggota bomba bertindak melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut dibantu oleh orang awam.
“Operasi SAR berkenaan masih diteruskan bagi mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...
MENARA TAMING SARI LEBIH ‘MENDUNIA’ 2025
BANDA HILIR 5 Januari - Produk pelancongan, Menara Taming Sari terus mendapat sambutan hangat pengunjung pada program Melaka Bila Larut...
1,142 NIKMATI ‘CRUISE LARUT MALAM’ RM10
BANDARAYA MELAKA 5 Januari - Melaka River Cruise merekodkan kehadiran 1,142 pengunjung bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
ZOO MELAKA BUKA TIRAI 2025 DENGAN SAMBUTAN HEBAT
AYER KEROH 5 Januari - Zoo Melaka kekal menjadi antara destinasi pilihan pada program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama...
NAHAS KM 204: RIM TAYAR LORI ‘HILANG’ DITEMUI DI TANGKAK
ALOR GAJAH 5 November - Komponen rim dipercayai milik lori yang tayarnya tercabut dan menjadi punca nahas di Kilometer 204...
PRODUK PELANCONGAN PPSPM JADI PILIHAN LARUT MALAM
BANDARAYA MELAKA 4 Jun - Dataran Pengkalan Rama dipenuhi pengunjung dari dalam dan luar Melaka bersempena Melaka Bila Larut Malam...