
REMAJA 17 TAHUN HILANG SEJAK 29 DIS DITEMUKAN SELAMAT DI CHERAS
Ketua Polis Daerah SepangĀ ACP Norhizam Bahaman dalam kenyataan hari ini, berkata remaja berkenaan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dijumpai di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah kawannya.
Norhizam berkata penemuanĀ Nurul Fateha Nabila telah dimaklumkan kepada pengadu iaitu ibu saudaranya dan telah diserahkan kepada ibu bapa remaja itu dalam keadaan baik.
Pada 4 Jan lepas, media melaporkan polis sedang mengesan remaja itu susulan laporan yang dibuatĀ oleh ibu saudaranya pada 31 Dis lepas.
Dilaporkan remaja ituĀ menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas.
Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.