
Remaja 16 tahun lemas di Kem Terendak
SUNGAI UDANG 13 Oktober – Remaja lelaki berusia 16 tahun ditemui lemas ketika mandi di Pantai Mutiara, Kem Terendak, di sini, lewat petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.30 petang mengenai kejadian itu.
Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan balai bantuan Melaka Tengah digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.
“Anggota tiba ke lokasi pada jam 6.49 petang dan memulakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
“Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 9.25 malam oleh Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar laut.
“Mayat berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 10.09 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...