
Regu sepak takraw Melaka mara ke suku akhir
AYER KEROH 22 Ogos – Impian Pasukan Sepak Takraw Negeri Melaka untuk menyumbangkan pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak semakin bersinar apabila layak ke peringkat suku akhir.
Pengurus Pasukan Sepak Takraw SUKMA Melaka, Senator Datuk Mustafa Musa berkata, pada aksi di Stadium Muhibbah, Bintulu semalam anak buah jurulatih Khairul Anuar Ibrahim dan penolong jurulatih Ahmad Affendy Mohamed Sani berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan selaku naib juara.
“Trio Melaka iaitu Adam Ameerul Khairul Anuar (Apit Kanan), Muhammad Raqib Effendy (Apit Kiri) dan Muhammad Syakir Jamal (Tekong), menunjukkan permainan yang mantap.
“Melangkah ke suku akhir saya harap permain teruskan momentum dan memberikan aksi terbaik, sekali gus mengakhiri pemburuan pingat buat Pasukan Sepak Takraw SUKMA Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Skuad regu sepak takraw SUKMA Melaka akan meneruskan saingan peringkat suku akhir menentang Terengganu pada jam 3 petang ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...