Rebut peluang tiket masuk percuma 20 Februari ini

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 25 Januari – Pengunjung dan pelancong melawat Melaka pada 20 Februari depan ditawarkan tiket masuk percuma ke beberapa destinasi tarikan utama di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, tawaran bersempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan itu bertujuan untuk menggamit kunjungan lebih ramai pelawat ke negeri ini, sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Menurut beliau antara perkhidmatan menawarkan tiket percuma adalah ‘boat-ride’ Melaka River Cruise (MRC) bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, semua muzium di negeri ini dan Melaka Wonderland Theme Park & Resort.

“Bagi peminat sukan golf pula pada tarikh sama semua kelab golf di negeri ini menawarkan ‘fee’ percuma, kalau mahu ke Taman Laut pula tiket masuk juga diberikan percuma kecuali tambang, perlu biayai sendiri.

“Jadi, datanglah ke negeri Melaka yang macam-macam ada, tiada di negeri lain, mana lagi Melaka ler!” katan Ketua Menteri pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Hadiah Cabutan Bertuah TMM2024 di perkarangan lobi Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin serta Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3409
Kongsi :
Previous post Suntikan semangat untuk warga kerja MHI
Next post 1,500 orang Melaka beri sokongan buat Harimau Malaya
Ubah saiz-+=