
Rebut baucar e-dompet bernilai RM40,000, 20 Februari ini
PENGKALAN BATU 18 Februari – Bersempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan pada 20 Februari ini, orang ramai khususnya rakyat Melaka berpeluang menerima kredit e-dompet (e-wallet) bernilai RM40,000.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar berkata, pada tarikh tersebut pihaknya akan mengedarkan pin tambah nilai Touch ‘n Go e-wallet di sekitar Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir bersempena Majlis Memperingati Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka.
Jelas beliau, pin tambah nilai itu bagaimanapun terhad kepada 2,000 pengunjung terawal.
“Kepada 2,000 pengunjung terawal yang hadir ke sambutan itu mereka bakal menerima pin tambah nilai yang bernilai RM20 setiap satu.
“Ini adalah antara insiatif KPDN dalam menggalakkan pembelian menggunakan medium e-dompet,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Jualan Ihsan Rahmah Back To School Negeri Melaka 2024, di sebuah pasar raya di Bukit Baru, di sini, semalam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
