
Realisasi Melaka Negeri Mesra Pelabur, Invest Melaka perlu proaktif
SERI NEGERI 5 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menyambut baik fokus Kerajaan Negeri menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur.
Tun Dr. Mohd Ali berkata sebagai langkah merealisasikan hasrat itu, Invest Melaka diharap akan bergerak proaktif sebagai Pusat Khidmat Setempat dan Bimbingan kepada pelabur dan bakal pelabur yang berpotensi.
Katanya, Invest Melaka juga diharap dapat mengadakan kerjasama dengan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan.
“Diharap Invest Melaka dapat jalin kerjasama dengan jabatan serta agensi kerajaan untuk meneliti prosedur-prosedur sedia ada.
“Seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan bagi mempermudahkan urusan pelabur ke Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...