
Rayan meninggal dunia selepas dibawa keluar
MAGHRIBI 6 Feb – Kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam lubang selama lima hari di dalam lubang sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia.
Rayan Oram, 5, berjaya dibawa keluar kira-kira jam 4.31 pagi (waktu Malaysia), namun disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas itu.
Perkhabaran itu disampaikan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dalam satu kenyataan.
Sebelum ini seluruh dunia digemparkan dengan insiden malang menimpa kanak-kanak malang itu yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter di bandar Bab Berred, di sini, sejak Selasa lalu.
Kerja-kerja menyelamat giat dijalankan dengan menggali lubang dari tepi bukit berhampiran perigi dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...