Sorting by

×

RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG

Masa Membaca:59 Saat

SUNGAI UDANG April 26 – Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, hari ini.

Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, di sini, seawal jam 10 pagi lagi orang ramai mula hadir bersama keluarga untuk menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan.

Selain dapat menikmati lebih 15 jenis juadah, orang ramai juga mengambil kesempatan bergambar bersama artis jemputan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum.

“Sambutan amat meriah apabila kehadiran tetamu menggalakkan meskipun diadakan pada siang hari berbanding tahun lalu diadakan pada sebelah malam.

“Selain persembahan artis popular, pelbagai jenis juadah juga turut disajikan antaranya roti jala, sate, putu piring, roti canai dan laksa,” katanya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
Next post PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS