
Rauf jumpa Sulaiman, Ketua-ketua Bahagian UMNO Melaka
MASJID TANAH 21 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengadakan satu sidang media malam ini selepas mesyuarat tergempar UMNO Melaka.
Sidang media yang diadakan di sini dijangka dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan semua Ketua Bahagian UMNO negeri.
Rauf difahamkan sedang mempengerusi mesyuarat itu di rumah beliau di sini, sehari selepas BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Sulaiman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka di hadapan Yang di-Pertua Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...