Sorting by

×

‘Ratu Bendang tunggu abang pulang’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SUNGAI RAMBAI 10 Ogos – Mengenakan pakaian gadis petani menunggu suami pulang, antara idea ditonjolkan peserta Ratu D’Bendang sempena Festival D’Bendang Melaka 2024 di Kem Benteng Negara, di sini.

Salah seorang peserta, Amalina Abd Hamid, 33, memilih busana klasik dengan tambahan aksesori mangkuk tingkat sebagai tema melambangkan gadis petani dari Negeri Sembilan.

Dia yang berasal dari Bachang berkata, keunikan acara tersebut menjadi pendorong untuknya menyertai pertandingan tersebut meskipun tidak menetapkan sebarang sasaran untuk menang.

“Pertandingan ini salah satu acara yang unik dan kreatif, kalau ikutkan pentas dan batas bendang adalah suatu perkara yang berbeza, jadi ini adalah cabaran yang sangat sukar.

“Ini pengalaman berharga bagi saya kerana kita perlu gayakan ikut kreativiti sendiri, insya-Allah kalau ada lagi tahun hadapan mesti saya sertai supaya tradisi ini tidak ditelan zaman,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Seorang lagi peserta muda, Kaisah Latifah Omar, 15 dari Bukit Lintang tertarik untuk menyertai pertandingan itu kerana ingin mencuba kelainan memperagakan pakaian tradisional di sawah padi.

“Sebenarnya pertandingan ini tidak susah, cuma ia lebih menarik kerana perlu tonjolkan bakat kita di bendang.

“Saya mengenakan pakaian dari Negeri Melaka sendiri, alhamdulillah keluarga sentiasa menyokong minat saya sejak kecil lagi,” katanya.

Sementara itu Mas Idayu Khalil, 36, dari Cheng menyertai pertandingan itu selepas dicabar oleh rakan-rakannya.

“Awalnya saya akui ada sedikit rasa gementar tapi apabila dapat jumpa rakan-rakan lain, saya gembira dan seronok.

“Rasa tercabar sebab anak yang minta saya sertai pertandingan ini, jadi saya pun mahu membuktikan kepada diri dan alhamdulillah walaupun sukar saya dapat sempurnakan semuanya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1265
Kongsi :
Previous post Wanita sahut cabaran ‘berkubang’ dalam bendang
Next post Agropelancongan nanas di Melaka
Ubah saiz-+=