
Rasuah RM1.6 j: Pegawai JPJ antara 11 direman
AYER KEROH 16 Mac – Tujuh pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka antara 11 individu yang direman lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM1.6 juta dipercayai membabitkan sindiket melindungi pemandu lori membawa muatan berlebihan.
Perintah tahanan reman terhadap semua suspek berusia 23 hingga 57 tahun itu termasuk empat orang awam dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, di sini hari ini.
Semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan difahamkan, pegawai JPJ yang ditahan membabitkan pelbagai gred jawatan termasuk pegawai kanan, manakala orang awam pula sebagai proksi.
Mereka dipercayai menerima kira-kira RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan membabitkan kira-kira RM1.6 juta dan perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2020.
Difahamkan, antara modus operandi dikesan ialah pegawai berkenaan tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan selepas menerima suapan yang dimasukkan dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.
Selain Melaka, SPRM turut melakukan operasi besar-besaran menerusi Ops Sukat di empat negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...