
Rasuah projek MRT: Tiga pengarah, dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan
PUTRAJAYA, 22 Mac – Tiga pengarah dan dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek Transit Aliran Massa (MRT) bernilai lebih RM650 juta.
Menurut sumber SPRM, empat lelaki termasuk seorang bergelar Datuk serta seorang wanita berusia antara 43 dan 63 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam.
Sumber SPRM itu berkata dua bekas pengarah syarikat itu dipercayai telah menerima rasuah kira-kira RM27 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan lain sebagai balasan melantik syarikat tersebut sebagai perunding membabitkan projek berkenaan pada 2017.
Tiga pengarah syarikat kejuruteraan itu kini direman hingga 27 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 manakala dua bekas pengarah pula tidak direman atas faktor kesihatan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas menerima permohonan SPRM.
Dua bekas pengarah itu pula diperintah hadir ke Ibu Pejabat SPRM setiap hari bagi membantu siasatan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...