Rasuah: bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok
PUTRAJAYA 14 Okt. – Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian.
Lelaki dalam 40-an itu dipercayai telah membantu syarikat kontraktor mendapatkan projek kementerian dan menerima suapan daripada beberapa individu, menerusi beberapa transaksi.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, lelaki itu dikatakan bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Dia juga dijangka didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 23 Okt atas kesalahan sama dengan beberapa pertuduhan lagi, kata sumber itu lagi.
Pengarah Siasatan SPRMÂ Datuk Norazlan Mohd Razali mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.
Menurut Norazlan, tiga pegawai kanan kementerian berkenaan yang turut disiasat berkaitan kes yang sama, dijangka didakwa dalam masa terdekat.
–BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...