Sorting by

×

RASAI PENGALAMAN BERMALAM DI KOMPLEKS HANG TUAH CENTRE

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Program bermalam di Kompleks Hang Tuah Centre membuka peluang kepada peminat sejarah, pelajar dan murid sekolah untuk meneroka dan memahami sejarah Negeri Melaka dengan lebih mendalam.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Erne Hamsah berkata, pihaknya bercadang untuk menawarkan pakej itu kepada mereka berminat selepas program bermalam di Muzium Istana yang dianjurkan sebelum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Whatsapp Image 2024 10 11 At 4.07.06 Pm (2)
ANTARA peserta yang menyertai Pakej Bermalam di Muzium Istana baru-baru ini.

Erne, menaruh keyakinan pakej bakal ditawarkan itu akan mendapat sambutan berikutan Hang Tuah Centre kini dilengkapi dengan kemudahan diperlukan selain berwajah baharu selepas kerja naik taraf dijalankan sebelum ini siap sepenuhnya 1 Oktober lalu.

“Jika permintaan banyak lebih bagus kerana kita mahu orang ramai rasai suasana bermalam di kompleks berkenaan.

“Baru-baru ini di Muzium Istana sahaja kita dapat mengumpul seramai 20 peserta yang ingin merasai pengalaman dan kenangan bermalam di muzium selama dua hari satu malam,” katanya.

Menurut Erne peserta yang bermalam bukan hanya dalam kategori individu, malah melibatkan mereka yang berkumpulan seperti pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Diharap selepas ini Kompleks Hang Tuah Centre pulak menjadi tarikan orang ramai kerana segala kelengkapan di kompleks ini sudah tersedia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

252
Kongsi :
Previous post BUKTI KETULUSAN CINTA KEPADA RASULULLAH SAW
Next post SITA TERNAKAN JIKA DIKESAN BERKELIARAN DI KAWASAN AWAM
Ubah saiz-+=