Rasa bertuah sertai MATTA Fair Melaka 2024

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 10 Ogos – Kerancakan sektor pelancongan di Melaka menyumbang kepada sambutan hebat MATTA Fair Melaka 2024 dalam kalangan pengunjung.

Program anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang berlangsung selama tiga hari di Mahkota Parade bermula semalam itu menampilkan lebih 35 pempamer terdiri daripada syarikat dan agensi pelancongan seluruh negara.

Salah seorang pempamer, Muhamad Syahmi Md Rosli, 31, dari syarikat Rayhar Travels Sdn Bhd menyifatkan penganjuran acara tahunan itu di Melaka memberi tuah kerana ia secara tidak langsung telah menarik ramai pengunjung ke pusat beli belah tersebut.

“Sambutan sangat baik kerana lokasinya di tengah bandar membuatkan ramai pengunjung yang berjalan-jalan secara tidak sengaja singgah ke sini.

“Saya sudah menyertai MATTA Fair ini di banyak negeri tetapi saya lihat lebih meriah kali ini di Melaka,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Img 20240810 Wa0056
PEMPAMER, Muhamad Syahmi Md Rosli ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI). Foto: Aufa ‘Izzati

Seorang lagi pempamer, Doreen Shamala, 52, turut menyatakan rasa teruja kerana MATTA Fair telah membantu melonjakkan hasil jualan terhadap produk taman tema air yang ditawarkan.

“Menakjubkan. Saya begitu gembira dengan sambutan di Melaka kerana ramai telah membuat tempahan ke taman tema air saya sempena musim cuti persekolahan akan datang,” katanya.

Ditanya kepada pengunjung, Ganesh Raja, 46, dari Seremban, yang merupakan ‘kaki jalan’ mengakui bahawa MATTA Fair menawarkan pelbagai pakej pelancongan dengan kadar harga berpatutan.

“Saya datang hari ini untuk bersiar-siar sahaja tetapi tertarik pula apabila adanya MATTA Fair ini kerana apabila dibandingkan harga, memang jauh beza,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

141
Kongsi :
Previous post Usahawan desa kongsi kisah kejayaan di Festival D’Bendang
Next post Wanita sahut cabaran ‘berkubang’ dalam bendang
Ubah saiz-+=