Rangkaian Meeracle capai 15,000 ejen jualan aktif

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Jan – Bermula dengan hanya beberapa wakil jualan pada tahun 2015, kini jenama Meeracle mencecah 15,000 ejen di seluruh negara.

Pengerusinya, Raja Mohd Haziq Mohd Nasrullah Raja Abdul Rashid berkata kini produk jenama Meeracle berkembang di Seluruh Malaysia, Singapura dan Rantau Asia Tenggara.

Katanya, dalam tempoh tujuh tahun ini Meeracle sudah berada di tahap memberangsangkan dan menjadi jenama yang dipercayai.

PENGERUSI Meeracle, Raja Mohd Haziq Mohd Nasrullah pada majlis IMsukses Golden Night di sebuah hotel di bandar Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Misi Meeracle masih sama, fokus ke arah menjadikan jenama yang dipercayai untuk memenuhi keperluan wanita dan untuk memperkasakan wanita dari setiap aspek terutama dalam bidang kecantikan, penjagaan kulit serta bidang perniagaan.

“Pada tahun 2015 ketika itu kita hanya punyai beberapa wakil saja, tetapi kini rangkaian wakil jualan aktif mencecah 15,000 orang di seluruh Malaysia, Singapura dan rantau Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Annual Dinner IMsukses : Golden Night 2022 di Hotel La Crista, semalam.

Hadir sama Pengasas IMsukses, Naza Anaz.

SEBAHAGIAN tetamu yang hadir ke majlis IMsukses Golden Night di sebuah hotel di bandar Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ujarnya peningkatan wakil jualan itu memberi impak dan manfaat serta merubah hidup setiap wakil jualan Meeracle.

“Dengan menerapkan konsep ‘bussines to bussines’, Meeracle telah melahirkan the ‘real bussines person’.

“Meeracle bukan sekadar melahirkan ‘resaler’ tetapi melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dan kredibiliti dalam perniagaan yang nyata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1024
Kongsi :
Previous post 1,157 pemandu mabuk ditahan di Kuala Lumpur sepanjang tahun lepas
Next post N.Korea fires ballistic missile into East Sea
Ubah saiz-+=