
Rangkaian 5G mampu lonjak daya saing ekonomi, tahap produktiviti dan nilai tambah industri
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menaruh keyakinan rangkaian 5G mampu melonjakkan daya saing ekonomi Malaysia serta tahap produktiviti dan nilai tambah industri.
Keyakinan itu dinyatakan Ismail Sabri semasa menerima kunjungan hormat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ericsson Borje Ekholm di Putrajaya hari ini, yang tertumpu kepada perbincangan status terkini pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Perdana Menteri berkata pelaksanaan rangkaian 5G mampu menjadi perintis kepada pembangunan prasarana dan liputan rangkaian 5G.
“Saya berharap pelaksanaan rangkaian 5G mampu memberi impak positif terhadap liputan komunikasi kepada Keluarga Malaysia,” katanya.
Sementara itu Perdana Menteri berkata pada pertemuan itu, Ericsson turut menyatakan komitmen untuk terus mempergiatkan aktiviti dan pelaburan di Malaysia setelah 57 tahun bertapak di negara ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...
PENOLONG PENGURUS BANK RUGI LEBIH RM28,000 AKIBAT PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD
JEMPOL 3 Mac - Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di...
JUAL 5,000 ANEKA KUIH SETIAP HARI
PENGKALAN BATU 3 Mac - Pejam celik, pejam celik, sudah 14 tahun Siti Suhana Bustaman, 35, berniaga di pasar Ramadan...
POLIS TAHAN SEPASANG WARGA EMAS BANTU SIASATAN KES LANGGAR LARI
KUALA LUMPUR 3 Mac - Suami isteri warga emas ditahan malam tadi bagi membantu siasatan kes langgar lari di kawasan...
KONGSI ILMU URUS SISA PEPEJAL, PERLUAS KEMPEN KITAR SEMULA
JASIN 3 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)...