Sorting by

×

Rangka manusia ditemui di tebing Sungai Malim

Masa Membaca:53 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 Disember – Satu rangka manusia ditemui di tebing Sungai Malim di Taman Gadong Perdana di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu daripada orang awam pada jam 5 petang.

Katanya, siasatan awal Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Unit Pengesan (K9) serta Pakar Patologi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka mengesahkan rangka tersebut adalah milik manusia.

“Rangka manusia tersebut ditemukan dalam keadaan tidak sempurna yang mana separuh daripada rangka itu tertimbus dengan daun dan tanah.

“Ia dipercayai diangkat naik dari sungai tersebut oleh jengkaut yang sedang membuat kerja-kerja pembesaran sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan lanjut di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa atau sebarang unsur jenayah.

“Rangka tersebut dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian

“Polis masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian bagi mengesan petunjuk berhubung penemuan rangkat tersebut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2790
Kongsi :
Previous post Amir Hamzah, Zulkifli angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Next post Insentif pendidikan bantu pelajar capai keputusan lebih baik
Ubah saiz-+=