
Rambut kemas baru bersemangat nak belajar
TABOH NANING, 18 Mac – Bagi memeriahkan lagi suasana pembukaan sesi persekolahan Isnin depan JAPERUN Taboh Naning menganjurkan program Jom Potong Rambut khusus untuk murid dan pelajar sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, ibu bapa dilihat memanfatkan peluang mendapatkan perkhidmatan percuma itu dengan membawa anak masing-masing untuk menggunting rambut.
“Seramai 30 murid dan pelajar datang untuk menggunting rambut sepanjang program yang bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1 tengah hari di JAPERUN Taboh Naning, semalam (17 Mac).
“Menerusi program ini diharapkan murid dan pelajar hadir ke sekolah dengan penampilan yang lebih kemas, menunjukkan mereka ini lebih bersedia untuk belajar,” katanya.
Beliau menasihatkan murid dan pelajar agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sesi pembelajaran di sekolah dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...