
Ramai ‘shopping online’ sambut raya
BANDARAYA MELAKA 16 April – Raya sakan tahun ini! Mungkin itu yang gambaran menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 3 Mei depan.
Mana tidaknya, promosi jualan secara dalam talian dilihat semakin rancak terutama menjelang separuh bulan umat Islam berpuasa.
Situasi itu memberi tempias kepada syarikat kurier dan penghantaran yang kini tidak menang tangan untuk melakukan penghantaran dari rumah ke rumah.
Tinjauan Melaka Hari Ini di sebuah pusat penghantaran ekspres di Bandaraya Melaka mendapati terdapat ratusan bungkusan (parcel) sedang dikumpulkan dan menanti masa untuk dihantar ke rumah pelanggan.

Pengurus pusat penghantaran berkenaan, Dezmond Pang mengakui terdapat peningkatan bungkusan yang diterima pihaknya sejak akhir-akhir ini.
“Memang semakin bertambahan bungkusan yang kita terima dari hari ke hari. Mungkin disebabkan raya sudah hampir tiba, ramai yang membuat pembelian secara ‘online’,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.