
Ramai nama besar keluar UMNO dan BN mati ‘tergantung’
AYER KEROH 17 Nov – “Banyak nama-nama besar dalam UMNO, BN yang bila keluar menongkah arus, akhirnya tak ke mana, ramai yang kembali semula dan ada juga yang tersadai dan mati tergantung”.
Demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan menceritakan sejarah individu yang pernah lompat parti sebelum ini.
Justeru, beliau meminta kesemua calon dan Ahli UMNO agar tidak meletakkan racun dalam minuman sendiri yang akhirnya akan membinasakan diri sendiri.
“Kalau kita letak racun dalam air yang kita sendiri minum (melompat parti), kelak kita juga yang akan mati.
“Jadi, nasihat saya janganlah melompat-lompat dari parti yang naikkan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Diskusi Perdana BN yang disiarkan secara langsung, malam ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...