
Ramah mesra atlet, pemimpin negeri di rumah terbuka Aidilfitri
UJONG PASIR 22 Mei – Rumah Terbuka Aidilfitri Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) di Kampung Atap malam tadi meriah dengan kehadiran atlet-atlet negara.
Kehadiran kira-kira 10 atlet negara di rumah terbuka Aidilfitri Datuk Wira Nur Azmi Ahmad itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada Negeri Melaka yang menjadi tuan rumah pada Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 19 hingga 22 Julai depan.

Kesemua atlet yang hadir berkesempatan beramah-mesra bersama pemimpin Kerajaan Negeri yang turut meriah dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Turut hadir pada rumah terbuka itu Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Hadir sama, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay serta tetamu kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.