Sorting by

×

Rakyat sambut baik aplikasi e-dagang

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 17 Dis. – Aplikasi e-dagang yang dijangka dibangunkan kerajaan negeri sebagai platform jualan atas talian mampu memberi peluang peniaga setempat untuk menjana pendapatan tambahan.

Bagi Mohd Noordin Shariff, 35, aplikasi yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri bukan sahaja menjana pendapatan peniaga tempatan malah memberi pilihan tambahan kepada rakyat setempat untuk memilih makanan hasil tempatan.

Bagaimanapun katanya, aplikasi yang bakal dibangunkan itu biarlah dikenakan caj atau bayaran yang berpatutan dan tidak terlalu mahal, jika mahu menarik promosi rakyat untuk menggunakannya.

MOHD Noordin Shariff

“E-dagang adalah platform terbaik untuk usahawan baru yang sedang meningkat naik ataupun yang bermula..kerana jika dilihat kembali selepas berlakunya pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberi kesan impak negatif terutama pada golongan muda yang hilang pekerjaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Nurizzati Ismail, 25 berkata dalam keadaan negara berdepan dalam pelbagai cabaran untuk memastikan kelangsungan hidup berjalan lancar, semua rakyat perlu memanfaatkan pelbagai peluang yang ada diberikan kerajaan negeri.

Jelasnya, dengan memperkenalkan platform jualan atas talian dapat membantu peniaga kecil-kecilan sepertinya untuk terus meluaskan jualan bukan sahaja di pasaran tempatan tapi menembusi pasaran luar Negeri Melaka.

“Lebih bagus jika apa yang diperkenalkan kerajaan negeri itu tidak mengenakan caj berlebihan kepada peniaga supaya ia benar-benar boleh memanfaatkan peniaga seperti saya.

NURIZZATI Ismail

“Kadang-kadang mereka kenakan caj terlalu tinggi sehingga kita juga perlu membayar caj penghantaran jadi, orang ramai tidak mahu membeli,” katanya

Pendapat sama disuarakan Zul Rahimi Ramli, 26, yang mengusahakan kerepek popia pedas berkata, aplikasi atas talian perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh peniaga tempatan.

“Kemudahan diberikan kepada kerajaan dapat membantu peniaga khususnya terdiri dari kalangan rakyat tempatan untuk menjana pendapatan tambahan,” katanya.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post Pejabat JPN Johor, pasar dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu
Next post Kerajaan disaran naikkan syarat minimum EPC
Ubah saiz-+=