RAKYAT MELAKA TABIK USAHA KETUA MENTERI PERMUDAH URUSAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

AYER KEROH 27 September – Ketetapan baharu supaya semua kaunter perkhidmatan di negeri ini tetap dibuka pada waktu rehat tengah hari seperti mana yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh disambut baik rakyat Melaka.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati, rata-rata rakyat memberi reaksi cukup positif terhadap saranan berkenaan kerana ia bukan sahaja menambah kecekapan perkhidmatan kaunter kerajaan malah menjadi penanda aras Melaka sebagai negeri contoh kepada agensi perkhidmatan di negeri lain.

Bagi Ahmad Zaki Saad, 49 berkata, ketetapan itu nyata lebih memudahkan rakyat berurusan di semua kaunter kerajaan.

Dia yang juga anak jati Krubong berkata, kaedah penggiliran yang digunakan pada waktu rehat tengah hari akan memastikan urusan orang ramai di mana-mana agensi akan lebih cepat dan mampu diselesaikan pada hari tersebut.

“Ini merupakan satu perkara yang amat baik kerana sebelum ini kebiasaannya orang ramai yang ingin berurusan pada waktu tengah hari terpaksa menunggu sehingga jam 2 petang disebabkan kaunter ditutup pada waktu rehat.

“Lebih bagus ia dilaksanakan secara bergilir atau memperbanyakkan perkhidmatan kaunter pada waktu tengah hari kerana ini akan memudahkan orang ramai untuk berurusan apabila kaunter itu sentiasa dibuka sepanjang masa.

“Malah saya berpendapat, inisiatif pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang beroperasi sehingga jam 10 malam seperti dahulu perlu dibangkitkan semula kerana ini akan meningkatkan kualit perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6312049758755208601
BAKAL menjadikan Melaka negeri contoh dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, Inra Yana Hedi Aryanto,49 berkata, pelaksanaan terbabit diyakini akan membawa pulangan kepada rakyat kerana kecekapan perkhidmatan kerajaan akan menambah baik mutu kualiti kerja dan kepercayaan pelanggan.

Katanya kesan daripada kecekapan akan membawa pulangan kepada imej Negeri Melaka yang akan menjadi contoh kepada negeri lain.

“Sebagai rakyat kita nampak itu kelebihan yang ada di Melaka sebab negeri lain tidak lagi mengamalkan operasi ini pada waktu tengah hari.

“Hasrat ini perlu dikekalkan di mana-mana perhidmatan kaunter kerajaan dan sebagai rakyat kita menyokong penuh inisiatif ini,” katanya.

Pada Majlis Perhimpunan Kerajaan Negeri Bulan September 2024, Ab Rauf mengumumkan semua kaunter perkhidmatan kerajaan di negeri ini tidak lagi ditutup pada waktu rehat bermula 1 Oktober ini.

Beliau berkata, langkah itu antara yang digariskan dalam memberi perkhidmatan terbaik dan mempermudahkan urusan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

73
Kongsi :
Previous post PERPUSTAM PERGIAT KEMPEN GALAKAN MEMBACA
Next post WANITA WARGA INDONESIA CEDERA PARAH DITIKAM KEKASIH
Ubah saiz-+=