
Rakyat kini dibenar rakam video terima vaksin – KJ
PUTRAJAYA 23 Julai – Penerima vaksin kini dibenar merakam video ketika menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Kebenaran itu diberikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.
“Ini kebenaran daripada saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba. Sekarang penerima boleh videokan suntikan vaksin mereka supaya mereka dan kita ada bukti mengenai proses vaksinasi itu.
“Saya harap perkara (kekeliruan) ini dapat selesai di sini sebab saya tidak mahu ia menganggu kesungguhan petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) PICK bersama Dr Adham di sini hari ini.
Menurut Khairy, selain kebenaran baharu itu, pemberi vaksin juga perlu memastikan amalan SOP sedia ada iaitu menunjuk penerima vaksin picagari yang sudah diisi dengan kuantiti vaksin sempurna sebelum suntikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LIMA MUZIUM TAWAR HARGA TIKET RM3
AYER KEROH 4 Mac - Bagi peminat sejarah dan seni, melawat muzium adalah satu aktiviti yang menarik dan berinformasi, Namun...
TAMBAH RESTORAN TERAPUNG KLASIK UNTUK TARIK PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 4 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menyediakan sebuah lagi restoran terapung berkonsep...
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...