Sorting by

×

Rakan Digital bantu program outreach

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

ASAHAN 12 Januari – Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan digerakkan bagi melaksanakan program ‘outreach’ dalam usaha menggiatkan lagi pendaftaran Pengkalan Data Utama (PADU).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, gerak kerja meluaskan dengan pelbagai kempen akan dilaksanakan bagi memastikan penduduk maklum dan faham apa itu PADU, sekali gus membuat pendaftaran.

“Bagi melaksanakan program ‘outreach’ ini kita sedang berbincang dengan jabatan yang terbabit antaranya Jabatan Perangkaan dan PEDi kerana mempunyai kekangan daripada sudut kakitangan.

“Jadi kita cuba berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menggerakkan Rakan Digital, difahamkan mereka ada 21 rakan tetapi kita perlu menunggu persetujuan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kawasan ternakan dan tanaman bersama wakil Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Menurut Fairul Nizam, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bersama kesemua 28 Adun pada minggu hadapan untuk membincangkan gerak kerja bagi menguar-uarkan PADU kepada rakyat di DUN masing-masing.

“Pada minggu hadapan kita akan adakan sesi penerangan bersama semua YB (Yang Behormat), mereka juga akan memainkan peranan untuk membantu menggerakkan Rakan Digital bersama-sama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan masing-masing,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

623
Kongsi :
Previous post Pantun identiti bangsa Melayu
Next post Melaka fokus capai KPI 100 peratus tahun 2024 – KM
Ubah saiz-+=