Sorting by

×

RAKAM VIDEO KEMALANGAN SAMBIL MEMANDU, SAMAN MENANTI

Masa Membaca:58 Saat

AYER LIMAU 29 Mac – Pemandu yang gemar merakam kejadian kemalangan untuk ditularkan di media sosial ketika mengendalikan kenderaan di jalan raya dinasihatkan supaya menghentikan tabiat negatif itu atau bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, meskipun tujuan rakaman dilakukan adalah untuk berkongsi maklumat namun perbuatan itu membahayakan pemandu berkenaan sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Hameed yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau berkata, bagaimanapun agensi penguatkuasa berkenaan terlebih dahulu akan melakukan siasatan bagi mengesahkan rakaman berkenaan dibuat oleh pemandu atau penumpang kenderaan.

“Sekarang ramai yang mahu jadi ‘wartawan’ sedang sibuk merakam mangsa kemalangan dia (pemandu) itu sendiri yang terlibat dalam kemalangan. Jika pasti video dirakam pemandu kita akan cari dan keluarkan saman.

“Tetapi jika rakaman dibuat penumpang kenderaan itu tidak menjadi masalah, kita juga akan menyiasat jika video dirakam menggunakan ‘dashcam atau peranti lain. Apa yang penting rakaman bukan dibuat oleh individu yang memandu kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Poghut Ayer Limau di kediaman beliau di Kampung Jeram, di sini, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

875
Kongsi :
Previous post PEMERIKSAAN KETAT BAS EKSPRES DI DEPOH DAN TERMINAL
Next post BERAS MELAKA MULA DIPASARKAN APRIL