Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Mesyuarat itu dijadual berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 11 pagi dengan dipengerusikan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Setakat 9.45 pagi ini, beberapa kenderaan rasmi yang membawa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu kelihatan mula tiba di Istana Negara antaranya Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Pemangku Raja Pahang Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Pada mesyuarat kali ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim akan melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah akan melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.