Raja Permaisuri berkenan rasmi Persidangan PPPM Ke-57
AYER KEROH 26 Jun: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Persidangan Pandu Puteri Dan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-57 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPM), hari ini.
Tunku Azizah yang juga Penaung Diraja PPPM, tiba di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, kira-kira jam 10.08 pagi dengan diiringi tetamu kehormat.
Turut berangkat, Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Hadir sama pada majlis perasmian adalah Yang Dipertua PPPM Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Penaung PPPM Cawangan Melaka Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman dan isteri kepada Ketua Menteri Melaka Datin Seri Utama Munira M Yusop.
Persidangan kali ini berlangsung selama empat hari bermula Jumaat dan disertai 500 perwakilan dari 18 cawangan selain sebanyak 14 anugerah turut dikurniakan kepada 142 penerima anugerah.
Antara anugerah itu adalah Lencana Ahli Seumur Hidup, Pingat Jasa, Pingat Agok Bakti Lebah, Pingat Jasa Lama 20 tahun dan Lencana Jurulatih, Mutiara IV serta Pingat Layang-layang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.