Sorting by

×

Raja Permaisuri Agong berkenan hadiri Majlis Sambutan Hari Ibu

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 12 Mei – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, hari ini.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda pada jam 10.30 pagi diiringi isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Wira Dr Asmah Ab Rahman.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Turut mengiringi keberangkatan Seri Paduka Baginda, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta isteri, Datin Seri Utama Zuriyah Ab Aziz.

Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian sambutan yang bertemakan Terima Kasih Ibu dan seterusnya mengurniakan Anugerah Inspirasi Ibu kepada Rahamah Mohtar, 6, ibu kepada lapan cahaya mata.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan melawat Klinik Nur Sejahtera, lukisan mural dan bilik terapi Pusat Keluarga LPPKN sebelum berangkat pulang kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Difahamkan, Melaka menjadi negeri pertama kunjungan rasmi sejak Raja Zarith Sofiah sebagai menaiki tahta pada 31 Januari lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

275
Kongsi :
Previous post Hari Belia Negara 2024 sedia pelbagai aktiviti menarik
Next post Kerjasama masyarakat bantu cegah jenayah ‘scammer’
Ubah saiz-+=