
Raja Muda Selangor santuni anak yatim Pantai Puteri
PANTAI KUNDOR 23 Mac – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAS), di sini, hari ini.
Kunjungan baginda yang tiba tepat jam 12.15 tengah hari tadi disambut Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud serta tetamu lain dalam acara yang diadakan di surau sekolah itu.
Program anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) itu adalah sebagai perkenan baginda menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim sekolah terbabit.
Program disusuli dengan gimik penyerahan sumbangan bernilai RM7,800 yang diagihkan kepada 26 penerima.

Selain itu, baginda turut menyampaikan bantuan kain pelikat dan 100 kilogram beras untuk sekolah berkenaan.
Majlis secara fizikal itu merupakan yang pertama kali diadakan selepas tiga tahun negara dilanda pandemik COVID-19, yang mana sebelum ini ia terpaksa diadakan secara dalam talian.
Penutupan program kali ini diakhiri dengan sesi tazkirah dan solat Zohor berjemaah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.