
Raja Kecil Bongsu Perak mangkat pada usia 71 tahun
IPOH, 28 Mac – Raja Kecil Bongsu Perak Raja Datuk Seri Izuddin Chulan Raja Zainal Azman Shah, mangkat pada usia 71 tahun akibat sakit tua dan masalah jantung di kediamannya di sebuah resort di Bandar Meru Raya di sini hari ini.
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata kemangkatannya dimaklumkan, selepas menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga pada kira-kira pukul 1.40 petang tadi.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar pada kira-kira pukul 8 pagi esok untuk disembahyangkan dan dibawa ke Makam Diraja Kuala Kangsar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya Almarhum sebelum ini telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, atas masalah sakit jantung yang dihidapi.
Raja Izuddin Chulan dianugerahi gelaran Raja Kecil Bongsu Perak 27 Ogos 2016, dan diisyitihar secara rasmi dengan gelaran itu pada 1 Julai tahun sama.
Majlis angkat sumpah gelaran telah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh ketika itu Datuk Samsudin Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...