Rahsia seni seramik, porselin
BANDARAYA MELAKA 29 Februari – Bukan sekadar menyerikan sudut kosong di rumah dan pejabat, sebaliknya seramik serta porselin adalah khazanah yang amat berharga kerana seni pembuatannya turut menceritakan mengenai kebudayaan sesebuah masyarakat.
Kurator Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Syahidah Abu Sah berkata, seramik dan porselin adalah artifak sejarah menggabungkan beberapa elemen selain kesenian.
“Menerusi sejarah perkembangan seramik dan porselin ia membolehkan kita mengetahui banyak maklumat tentang kebudayaan sesebuah masyarakat.
“Malah barangan tembikar, seramik dan porselin turut melingkari kehidupan harian manusia yang bertamadun dengan merangkumi bukan sahaja kegunaan harian tetapi juga fungsi sesebuah masyarakat,” katanya.
Syahidah berkata demikian ketika berucap mewakili Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah pada Program Dengauler Ceritaku @Muzium Melaka: Menelusuri Sejarah dan Keindahan Seni Seramik berlangsung di Muzium Sejarah dan Etnografi, di sini, hari ini.
Terdahulu, perkongsian berhubung artifak sejarah seramik disampaikan oleh Ketua Projek, Muzium Perubatan Universiti Malaya Abd Aziz Abdul Rashid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.