Rahmad janji beri perkhidmatan terbaik
KUALA LUMPUR 6 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Rahmad berkata, beliau tidak menjanjikan apa-apa dalam pilihan raya itu namun berharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat di kawasan DUN ditandinginya.
“Alhamdulillah, saya tercalon sekali lagi, saya tak janjikan apa-apa kepada pengundi saya, tidak ada janji bulan dan bintang, cuma Insha-ALLAH saya menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk N19 (Ayer Molek),” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diumumkan dalam masa terdekat sama ada dibenarkan berkempen atau sebaliknya.
Katanya, sekiranya tidak dibenarkan untuk berkempen, beliau akan memastikan kaedah media sosial menjadi perantara untuk mendekati rakyat.
“Kita akan akan ‘follow’ SOP SPR yang akan dikeluarkan tidak lama lagi berkaitan SOP SPR, kalau kata kempen tidak dibenarkan, maka kita gunakan kaedah lain yg dibenarkan, media sosial, sebaran risalah, pamplet dan sebagainya….,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...
W.R.U.R: KONSEP TURUN PADANG BAWA IMPAK POSITIF
KUALA LINGGI 10 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) membawa impak positif kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KEBAJIKAN WARGA KUALA LINGGI TIDAK DILUPA
KUALA LINGGI 10 Januari - Seramai 137 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi menerima bantuan kebajikan sempena program Wakil...