‘R.E.A.C.T’ BANTU CEGAH KANSER ANAK-ANAK

Masa Membaca:1 Minit, 39 Saat

REMBIA 29 September – Ibu bapa disaran untuk mengamalkan kaedah ‘R.E.A.C.T’ iaitu Kesan Awal, Bertindak dan Rawat (Recognise Early, Act and Treat) yang mampu membantu mengesan masalah kanser dalam kalangan kanak-kanak.

Timbalan Pengarah (Perubatan) Pakar Perunding Kanan Pediatrik Hematologi dan Onkologi Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Hamidah Alias berkata, ‘R.E.A.C.T’ amat membantu dalam mencegah kanser daripada peringkat awal.

Katanya, pengesanan menggunakan kaedah ‘R.E.A.C.T’ amat penting kerana kebanyakan masalah kanser dalam kalangan kanak-kanak masih boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal.

“Kaedah ini menjadi satu garis panduan buat ibu bapa kerana masih ada dalam kalangan penjaga yang kurang peka berikutan tidak ada kesedaran mengenai kanser membabitkan kanak-kanak.

“Kesedaran seperti ini perlu diperluaskan kerana masalah kanser dalam kalangan kanak-kanak meningkat saban tahun. Lima kanser utama iaitu leukemia, tumor otak dan saraf tunjang, limfoma, kanser tulang serta retinoblastoma antara kerap menyerang kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Program Kesihatan dan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak diadakan 2024 di Dewan Terbuka Taman Samarinda, di sini, semalam.

Program itu telah dirasmikan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan. yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia.

Hadir sama, Pengerusi Program tersebut, Prof. Madya Dr. Farinawati Yazid serta tetamu lain.

Menurutnya, ibu bapa juga boleh menggunakan teknik ABCDEF, sebagai panduan untuk mengesan gejala awal jika anak mereka mengalami masalah kanser.

“A adalah ‘Ache’ iaitu sakit berterusan atau sakit kepala teruk dan muntah muntah diikuti B iaitu ‘Bruise or Bone Pain’ menyebabkan lebam serta sakit tulang yang berlaku tanpa kecederaan atau tanda-tanda jangkitan.

“Ia diikuti C iatu ‘Changes in Eyes’ iaitu perubahan anak mata seperti anak mata putih, baru juling dan perubahan visual diikuti D (Dizzines), pening dan tidak seimbang; E (Enlarge Lymph Nodes) iaitu bengkak kalenjar dan ketulan dan F (Fatigue) iaitu letih atau pucat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

33
Kongsi :
Previous post PERKENAL KAEDAH BAHARU ATASI ISU SAMPAH HARAM
Next post PERLUAS INFRASTRUKTUR EV, TINGKAT KAPASITI TBB
Ubah saiz-+=